BAHAYA AIR KETUM.

Kelantan dan Terengganu terkenal dengan penagihan air ketum.
Suatu hari dalam perhimpunan mingguan sebuah sekolah di Terengganu, seorang pengetua memberi nasihat tentang bahaya air ketum.
Pengetua membuat eksperimen ringkas dengan membawa sebotol air ketum dan sebotol air mineral biasa.

Pengetua memasukkan seekor cacing ke dalam air mineral biasa dan diperhatikan muridnya.

Pengetua: Apa yang dapat kamu lihat?
Murid: Cacing bergerak dan masih hidup.
Pengetua: Bagussss

Kemudian tuan pengetua memasukkan seekor lagi cacing ke dalam air ketum.

Pengetua: Apa yang dapat kamu perhatikan?
Murid: Cacing tidak bergerak dan mati.
Pengetua: Greatttttt

Pengetua: Apakah kesimpulan dari eksperimen ini?
Murid: *Kita sentiasa kena minum air ketum supaya cacing dalam perut mampussss*
Pengetua: 😡🤢😡🤢😡🤢

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *