Doktor Buang Kolon Berisi 13KG Najis Dari Lelaki Sembelit

Shanghai: Doktor terpaksa membuang najis 13kg yang tersimpan di dalam kolong seorang lelaki yang menderita dari masalah usus yang jarang berlaku pada Khamis.

Zhou Hai, 22, tiba di Hospital Shanghai Tenth People dengan perutnya yang memboyot sehingga saksi menyifatkan perutnya itu kelihatan seperti sarat mengandung.

Menurut laporan media tempatan, Zhou menghadapi kesukaran untuk bernafas dan hanya mampu mengerang kesakitan.

Imbasan CT mendapati terdapat najis yang banyak tersimpan di ruangan kolon lelaki berkenaan.

Dalam pembedahan yang berlangsung selama tiga jam, pakar telah membuang satu bahagian sepanjang 76cm dari kolon Zhou. Bahagian itu seberat 13kg.

Zhou memberitahu doktor bahawa dia mengalami sembelit sejak dia dilahirkan dan mengambil julap secara berkala.

Namun, kondisinya semakin teruk tiga hari sebelum pembedahan itu, dan Zhou terpaksa ke hospital kerana sakit perut yang melampau.

Menurut Inverse.com, kondisi yang dihadapi lelaki berkenaan dikenali sebagai penyakit Hirschsprung – satu keadaan yang dikarakterkan oleh pergerakan perlahan dalam usus – yang berlaku apabila bahagian usus seseorang itu kehilangan sel saraf.

Bagi orang normal, makanan dan najis digerakkan di dalam usus menerusi satu proses yang dikenali sebagai peristalsis. Namun bagi mereka dengan penyakit Hirschsprung, proses peristalsis terhenti apabila makanan atau sisa tiba dibahagian usus yang kehilangan sel saraf.

cc:siakapkeli.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *