RUMAH MURAH!!!

Boleh percaya ka muka ni??
======================

Hati-hati dengan SCAMMER. Masuk TV tak semestinya betul. Modus operandi SCAMMER biasanya akan offer rumah murah lepas tu tak bina. Pembeli yang dah bayar tapi rumah tak dibina akan tersepit.

1. Kalau buat repot polis, pemaju kena tangkap, maka lesaplah duit yang dibayar. Memang tak akan dapat balik duit tu. Sapa yang nak bayar balik??

2. So, pembeli akan diamkan diri dengan harapan pemaju akan siapkan rumah. Tunggulah sehingga reput, rumah impian akan terus menjadi impian.

3. Pemaju akan terus delay pembinaan selama-lamanya.

4. Pembeli kalau buat personal loan, kenalah menanggung hutang setiap bulan. Kalau bayar dengan duit simpanan, maka lesaplah hasil titik peluh bertahun-tahun.

AWAS!!!

Jangan tertipu. Sebarkan kepada mak ayah dan kawan-kawan terutamanya yang tinggal di kampung-kampung kerana mereka inilah golongan sasaran kerana kurang pengetahuan dalam kes-kes sebegini.

p/s: Posting ini bertujuan untuk wujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat supaya tidak mudah diperdaya dengan tawaran yang menarik sampai tak masuk akal. Kalau nak beli jugak dari company macam ni, itu hak anda. Tapi sebelum beli pastikan dulu company tu ada track record yang baik. Nanti kalau dah tersontot menyesal tak sudah.

#scammer
#dbitechnology
#dbiproperties
#jutakelulut
#alfafa
#rumahmurah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *